Program Guru-Guru Sihat Fizikal dan Mental (Riadah) anjuran Jawatankuasa Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Kerajaan ( Brunei/Muara) telah diadakan pada 8hb Jun 2014 bersamaan 10 Sya'aban 1435H iaitu pada Hari Ahad, jam 7.00 pagi di Taman Agroteknologi Kampung Rimba.
Adapun objektif aktiviti ini diadakan sebagai satu langkah positif bagi mendukung pentingnya hidup beriadah serta memperingatkan semua warga guru-guru ugama sekolah rendah kerajaan agar menekankan pada diri setiap individu mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam usaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Alhamdulillah, acara pagi itu berjalan dengan sangat lancar diatas kerjasama semua ajk dan ahli JaKGU SRK BM.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Tetamu Khas, Ustazah Hjh Asmah binti Haji Ramdah ( Pengarah Pengajian Islam ) bersama para jemputan dari Jabatan Pengajian Islam.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Khas Majlis dan para jemputan, diikuti dengan bacaan surah al-fatihah dan bacaan doa oleh Cikgu Hj Md Norzlan bin Hj Sapar untuk memberkati majlis. Majlis pagi itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan ucapan penghargaan dari Pengerusi Majlis dan diselajurkan penyampaian cenderhati.
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh 3 orang konduktor yang telah dijemput khas utk mengetuai acra tersebut. Selesai senamrobik, berehat seketika dan diteruskan dengan "briskwalk" yang dimulai oleh Tetamu Khas Majlis.
Selesai "briskwalk", tetamu khas majlis dan para jemputan diiring ke SR Tungku bagi menikmati jamuan ringan.