BENGKEL KHAT KHUFFI MENGGUNAKAN
Tarikh : 20hb
Mei 2015
Jam: 2.15 Petang
Tempat
: Bilik Persidangan SR Delima Satu.
Pada 20hb
Mei 2015 (Hari Rabu),Badan Perkembangan Staf telah menganjurkan satu aktiviti berupa
bengkel Khat Khuffi menggunakan
ICT. Bengkel tersebut telah menarik minat para peserta
yang terdiri dari Ketua Guru Ugama (Ahli
Jawatankuasa Tertinggi JaKGU) dan juga ahli-ahli dari badan Perkembangan Staf.
Bengkel ini ternyata memberi impak positif kepada para peserta bengkel dimana ia sangat bermanfaat kepada
mereka .
Sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
beramai-ramai dan bacaan do’a dibacakan oleh Cikgu Hj Bahrinman bin Pengarah Hj
Abdullah(Ketua Badan Keagamaan).Seterusnya
sesi perkenalan bersama
fasilitator bengkel tersebut iaitu Ustaz
Hj Adee Suhardee bin Hj Mohidin.(Pegawai Pelajaran dari SUAMPRIPAD)
Sesi
seterusnya dikendalikan sendiri oleh fasilitator dimana beliau menerangkan
beberapa perkara asas yang perlu
diketahui dan juga beberapa aplikasi
yang diguna pakai bagi khat khuffi dalam bentuk ICT ini. Beberapa contoh
betul dan kesalahan yang sering
berlakuketika membentuk seni khat
ini, beberapa peraturan dan caranya juga ditunjuk ajar bersama praktikalnya. Peserta-peserta juga
berpeluang membuat praktikalnya dengan bantuan langsung dari fasilitator
tersebut.
Alhamdulillah,Bengkel
tersebut berjalan dengan sangat lancar dan berakhir pada jam 3.45 petang.